Thursday 21 April 2011

Diari Akademi... Ragam Sesi C.O.A.C.H.I.N.G

Kumpulan A : Penerangan mengenai cara-cara untuk mengatur temujanji, cara memulakan topik perbualan dan perkongsian mengenai Akademi. Kesemua dengan ragam masing-masing : Mentor Wahida sibuk menerangkan, Mentor Ayu sibuk menulis, Mentor lain-lain tersenyum suka. Apapun ragam anda, yang pasti You All memang S.P.O.R.T.I.N.G...
Kumpulan B : Penerangan strategi pemasaran, sistem yang mudah digunapakai, teknik 'closing' dan cara-cara 'follow up'. Mentor Kepet semangat membara menerangkan "Do" & "Don't", Mentor Mira . Mentor Suriaty . Mentor Halilah . Mentor Fauzi fokus maut, masing-masing ada idea nak kembangkan pasaran niaga dengan semangat T.S.U.N.A.M.I.
Mentor Wahida
"Semuanya mudah yer. Darab . Tolak . Tambah . Bahagi . Kuasa Dua . Hasilnya = USAHA + TINDAKKAN. Semua kena ikut, ada idea nak permudahkan lagi tak? Kita kreatifkan minda kita, lahirkan dengan kata-kata, gerakkan dengan anggota badan kita. Pasti semudah A.B.C."

Mentor Traciae
"Cara termudah ialah kita mesti ikut langkah-langkah yang telah disediakan sepanjang pembelajaran di Akademi. Dalam Akademi telah disediakan sistem yang mudah untuk kita berjaya, komuniti yang positif untuk kita berkongsi masalah, sokongan yang berterusan. Segala-galanya pasti bersama kita "Menuju Puncak, Gemilang Cahaya".


Mentor Fairuz
"Hendak berjaya 1000 pesan, Hendak gagal 1000000 alasan. Sistem ni mudah untuk kita berjaya. Semua dah disediakan PERCUMA untuk kita. Bagaimana hendak bertindak? Matikan A.L.A.S.A.N kita supaya kita berjaya. 
Dengar Nasihat, buang Tabiat."

Mentor Fida
"Semua ni tentang apa yang anda minat. Kalau anda minat nak fokus kopi, macam-macam kopi ada, kopi jantan, kopi janda, tongkat Ali, kopi kambing, kopi o, kopi susu.. Pilih apa sahaja produk yang anda mahu, yang penting anda mesti mahir ttg produk tersebut, baru perniagaan anda menjadi-jadi. Kembangkan cawangan perniagaan anda di mana jua."

Sehari bersama Mentor-Mentor Hebat ini tidak pernah puas, bagai ingin bersama selamanya. Banyak perkongsian hebat, idea dan segala-galanya memang B.E.S.T. Berjumpa kita dalam episod diari seterusnya....

Salam Perantau;
-Ilham AT181-

No comments:

Post a Comment