Thursday 7 July 2011

Anak Didik Yang Tersayang....

Mentor Abdullah Sandi, orang Serian. Bekas Medical Assistant, kini sepenuh masa menjadi Mentor di AT181. Orangnya kecil-kecil 'cabik gonong'... hehehe jgn marah, gurau senada sejiwa. Anak Sulung hamba... Kata-katanya penuh bersemangat. Sekali dengar meruntun jiwa. Semangatnya tak pernah goyah. Anak-anak pimpinannya sentiasa dijaga bagai menatang minyak yg penuh..  Dulu bujang kini berdua. Tengah menunggu kelahiran Cahaya Mata pertama. Tahniah anak didikku..  Teruskan perjuangan mu jangan gentar.. 

Mentor Arawan Yaman. Mengenali beliau di Betong, Sarawak. Semangatnya kental.. Impian sudah tercapai, lama menyepikan diri dari AT181. Harapan hamba, semoga Mentor ini dapat kembali lagi menyumbangkan ilmu & tenaga mendidik rakan kongsinya untuk mencapai Impian seperti beliau. Tahniah kerana berjaya mencapai Impian bersama AT181. Di mana anda berada, doa AT181 sentiasa bersama.
Mentor Norazlina Omar @ Kepet. Yang ni lagi hebat, Seorang cikgu, berasal dr Negeri Sembilan...  Tidak pernah kenal beliau. Perkenalan hanya bermula melalui rakan kongsi, di kedai makan, siap ada 'Karaoke Terbuka'. Tak sangka, beliau sgt2 hebat dan terkenal di AT181.. Anak didik yang memang dengar cakap. Dari AT181, menjadi semakin rapat. Tak pernah jemu menuntut ILMU... Tengok hasil beliau bersama AT181.. banyak lagi Aset lain yang tersembunyi.. Kini, beliau antara Mentor terhebat di AT181. Kata-katanya memang sentiasa menjadi igauan.
Mentor Suriaty Sulaiman, seorang Ustazah. Berasal dr Negeri Kelantan. Pasangan yang sangat hebat bersama Ustaz 'suami tersayang' yang sentiasa menjadi tulang belakang dan memberi sokongan tanpa jemu. Anak didikku yang lemah lembut org nya. Sekali bersuara sangat halus tapi kata-katanya mengandungi Azimat Keramat yg mampu meledakkan Impian kita menjadi nyata. Tidak pernah jemu dan sentiasa membantu rakan kongsi walau jauh di mata.
Mentor Arwah Kunaini Bohri.... Seorang yang sangat hebat. Berkhidmat sebagai seorang Guru di SK Sg Sebatu. Anak didikku yang tidak pernah kenal erti kekalahan. Tidak pernah rebah walau diamuk Tsunami. Semangat juang nya sgt tinggi. Terlalu menyayangi rakan kongsinya. Sgt hiba, pemergian Arwah pd 1 Jun 2011 di usia muda 27 tahun, terlalu mengejutkan semua pihak. Orangnya sangat peramah.. Semua AT181 walau di pelusuk mana sekali pun memang mengenali Arwah. Percutian terakhir bersama-sama beliau di Switzerland adalah kenangan manis yang sukar utk dilupakan. Byk sungguh pesanan Arwah kali terakhir kami bersama... Sama-sama kita sedekahkan AL Fatihah ut Arwah. Allah amat menyayangi Arwah Kunaini Bin Zonibah (nama ibu).

Berjumpa lagi kita di lain ruangan bersama anak didikku yang lain.... Semua Hebat, Semua Padat, Semua Kental...