Saturday 31 December 2011

Lebaran 2012


SELAMAT TINGGAL 2011, SELAMAT DATANG 2012...

Bila aku bercadang membeli aset yang telah lama ku idamkan, Banglo indah terletak di kawasan Selangor, aku tidak menyangka kawasan tersebut akan berkembang begitu pesat seperti sekarang ini. Akhirnya.. keputusan aku membeli tersebut adalah tepat! Bila aku berimpian untuk memandu kereta mewah seperti angan-angan Mat Jenin, akhirnya ianya TERTUNAI, bukan mimpi walaupun dicubit berkali2, ianya KENYATAAN. 
Banyak cabaran & dugaan yang aku hadapi, meninggalkan kerjaya profesional dalam bidang ekonomi di sebuah jabatan kerajaan, menceburi bidang keusahawanan & pelaburan.... Banyak suka dan duka, adakalanya aku jatuh, bangun semula.
Keluarga orang yang sangat hampir membantu bila masalah datang satu persatu. Berbicara tentang sahabat? Timbul pelbagai ragam, ada yang datang ketika poket tebal berisi "RM", ada yang datang ketika "MUZIK" menggamatkan suasana, ada yang datang ketika "GOSSIP" semakin hangat membara, ada yang datang sekadar menjenguk untuk bertepuk tangan tersenyum sinis menunggu "KEJATUHAN" kita.
Jangan mudah melatah, tidak semua sahabat seperti itu... kerana setiap yang buruk ada baik yg akan datang. Itu HUKUM ALAM, ada sifat berlawan. Sahabat yang datang kepadaku, insan yang sentiasa memberi semangat, peluang, ruang untuk bernafas, keyakinan untuk aku bangun membina kejayaan. Aku sangat-sangat bersyukur, kerana rupanya KEGAGALAN demi KEGAGALAN itu adalah adat org berniaga. Hasil dari kegagalan, pastinya KEJAYAAN... 
Itulah aku BERSAMA HASILNYA.... Alhamdulillah...
Kudoakan Lebaran 2012 ini memberi rezeki dan kebahagiaan yang berkekalan buat ku dan keluargaku, jua kepada anda semua Pembaca Setia Blog ini.... Insya Allah....

Thursday 7 July 2011

Anak Didik Yang Tersayang....

Mentor Abdullah Sandi, orang Serian. Bekas Medical Assistant, kini sepenuh masa menjadi Mentor di AT181. Orangnya kecil-kecil 'cabik gonong'... hehehe jgn marah, gurau senada sejiwa. Anak Sulung hamba... Kata-katanya penuh bersemangat. Sekali dengar meruntun jiwa. Semangatnya tak pernah goyah. Anak-anak pimpinannya sentiasa dijaga bagai menatang minyak yg penuh..  Dulu bujang kini berdua. Tengah menunggu kelahiran Cahaya Mata pertama. Tahniah anak didikku..  Teruskan perjuangan mu jangan gentar.. 

Mentor Arawan Yaman. Mengenali beliau di Betong, Sarawak. Semangatnya kental.. Impian sudah tercapai, lama menyepikan diri dari AT181. Harapan hamba, semoga Mentor ini dapat kembali lagi menyumbangkan ilmu & tenaga mendidik rakan kongsinya untuk mencapai Impian seperti beliau. Tahniah kerana berjaya mencapai Impian bersama AT181. Di mana anda berada, doa AT181 sentiasa bersama.
Mentor Norazlina Omar @ Kepet. Yang ni lagi hebat, Seorang cikgu, berasal dr Negeri Sembilan...  Tidak pernah kenal beliau. Perkenalan hanya bermula melalui rakan kongsi, di kedai makan, siap ada 'Karaoke Terbuka'. Tak sangka, beliau sgt2 hebat dan terkenal di AT181.. Anak didik yang memang dengar cakap. Dari AT181, menjadi semakin rapat. Tak pernah jemu menuntut ILMU... Tengok hasil beliau bersama AT181.. banyak lagi Aset lain yang tersembunyi.. Kini, beliau antara Mentor terhebat di AT181. Kata-katanya memang sentiasa menjadi igauan.
Mentor Suriaty Sulaiman, seorang Ustazah. Berasal dr Negeri Kelantan. Pasangan yang sangat hebat bersama Ustaz 'suami tersayang' yang sentiasa menjadi tulang belakang dan memberi sokongan tanpa jemu. Anak didikku yang lemah lembut org nya. Sekali bersuara sangat halus tapi kata-katanya mengandungi Azimat Keramat yg mampu meledakkan Impian kita menjadi nyata. Tidak pernah jemu dan sentiasa membantu rakan kongsi walau jauh di mata.
Mentor Arwah Kunaini Bohri.... Seorang yang sangat hebat. Berkhidmat sebagai seorang Guru di SK Sg Sebatu. Anak didikku yang tidak pernah kenal erti kekalahan. Tidak pernah rebah walau diamuk Tsunami. Semangat juang nya sgt tinggi. Terlalu menyayangi rakan kongsinya. Sgt hiba, pemergian Arwah pd 1 Jun 2011 di usia muda 27 tahun, terlalu mengejutkan semua pihak. Orangnya sangat peramah.. Semua AT181 walau di pelusuk mana sekali pun memang mengenali Arwah. Percutian terakhir bersama-sama beliau di Switzerland adalah kenangan manis yang sukar utk dilupakan. Byk sungguh pesanan Arwah kali terakhir kami bersama... Sama-sama kita sedekahkan AL Fatihah ut Arwah. Allah amat menyayangi Arwah Kunaini Bin Zonibah (nama ibu).

Berjumpa lagi kita di lain ruangan bersama anak didikku yang lain.... Semua Hebat, Semua Padat, Semua Kental...
 

Saturday 18 June 2011

Insentif Melancong VVIP PERCUMA Untuk Anda...

Sekiranya ANDA mempunyai HOBI gemar melancong, kami menawarkan Insentif VVIP PERCUMA untuk semua yang mempunyai HOBI suka melancong... Di mana ya ??? Bukan dalam negeri, TETAPI... Luar Negara... Lokasi Istimewa khas untuk anda ialah Holland + Belgium dan mengerjakan Umrah di Mekah... Hanya menjawab beberapa soalan sahaja, sekiranya betul... Lokasi ini milik ANDA... Sangat Mudah tetapi Mesti BETUL...
Hubungi kami untuk mendapatkan Insentif ini secara PERCUMA ...
Hot Line, +6019 321 1181

Wednesday 11 May 2011

TAHNIAH QST6181 !!!

PEMENANG BULAN APRIL 2011 : QST6181
** HADIAH AKAN DISAMPAIKAN PADA 23 JULAI 2011, ACARA KEMUNCAK AT181mentorship Programme

Tuesday 26 April 2011

Kerana Dirimu Begitu Berharga...

"SELAMAT HARI IBU"


Istimewa dari Bio Care Resources...
Kejutan ini I.S.T.I.M.E.W.A untuk ibu anda, sebagai TANDA SAYANG anda untuk ibu yang telah melahirkan dan membesarkan anda sesempurna kini, berikanlah simbol kesihatan berpanjangan tanda anda ingin mereka selalu ada untuk anda. Lain dari yang lain, itulah simboliknya A.N.D.A.
Bio Care Resources memberikan PAKEJ ISTIMEWA P.E.R.C.U.M.A untuk ibu anda :
1. Bungkusan hadiah PERCUMA
2. Penghantaran terus ke rumah ibu anda PERCUMA (sertakan alamat lengkap)
3. Kad Ucapan untuk ibu anda PERCUMA 

Jadikan ianya REALITI, kerana dirimu begitu berharga...
Bio Zone Food Purifier, RM1750.00
La Praise Switzerland Set , RM410.00
Bio Ever Nano Cream Switzerland, RM220.00
Nurich Lacto-Lite (25 sachets), RM158.00
Anda boleh menghubungi Bio Care Resources untuk tempahan Hadiah di atas Istimewa untuk Ibu anda dan dapatkan maklumat penuh mengenai kebaikan produk yang anda pilih / apa jua pertanyaan melalui :
Tel Pej : +03 9173 3181
Email : biocare_resources@yahoo.co.uk

Saturday 23 April 2011

Reward Yourself Differently ...

We all feel the need to R.E.W.A.R.D ourselves occassionally for our hard work, which is perfectly normal & healthy. In fact, the work-reward mechanism is encouraged, since it keeps us motivated at work and at life. But how do you R.E.W.A.R.D yourself ?
 Me....

WHAT'S YOURS ???

Go confidently in the direction of your dreams. 
Live the life you have imagined.
S.H.A.R.E  T.O.G.E.T.H.E.R


Journey of wahida: SUMMER's here!

Journey of wahida: SUMMER's here!: "Here.. sandy beaches, lush tropical foliage. Home of beautiful beaches.. "

Thursday 21 April 2011

Diari Akademi... Ragam Sesi C.O.A.C.H.I.N.G

Kumpulan A : Penerangan mengenai cara-cara untuk mengatur temujanji, cara memulakan topik perbualan dan perkongsian mengenai Akademi. Kesemua dengan ragam masing-masing : Mentor Wahida sibuk menerangkan, Mentor Ayu sibuk menulis, Mentor lain-lain tersenyum suka. Apapun ragam anda, yang pasti You All memang S.P.O.R.T.I.N.G...
Kumpulan B : Penerangan strategi pemasaran, sistem yang mudah digunapakai, teknik 'closing' dan cara-cara 'follow up'. Mentor Kepet semangat membara menerangkan "Do" & "Don't", Mentor Mira . Mentor Suriaty . Mentor Halilah . Mentor Fauzi fokus maut, masing-masing ada idea nak kembangkan pasaran niaga dengan semangat T.S.U.N.A.M.I.
Mentor Wahida
"Semuanya mudah yer. Darab . Tolak . Tambah . Bahagi . Kuasa Dua . Hasilnya = USAHA + TINDAKKAN. Semua kena ikut, ada idea nak permudahkan lagi tak? Kita kreatifkan minda kita, lahirkan dengan kata-kata, gerakkan dengan anggota badan kita. Pasti semudah A.B.C."

Mentor Traciae
"Cara termudah ialah kita mesti ikut langkah-langkah yang telah disediakan sepanjang pembelajaran di Akademi. Dalam Akademi telah disediakan sistem yang mudah untuk kita berjaya, komuniti yang positif untuk kita berkongsi masalah, sokongan yang berterusan. Segala-galanya pasti bersama kita "Menuju Puncak, Gemilang Cahaya".


Mentor Fairuz
"Hendak berjaya 1000 pesan, Hendak gagal 1000000 alasan. Sistem ni mudah untuk kita berjaya. Semua dah disediakan PERCUMA untuk kita. Bagaimana hendak bertindak? Matikan A.L.A.S.A.N kita supaya kita berjaya. 
Dengar Nasihat, buang Tabiat."

Mentor Fida
"Semua ni tentang apa yang anda minat. Kalau anda minat nak fokus kopi, macam-macam kopi ada, kopi jantan, kopi janda, tongkat Ali, kopi kambing, kopi o, kopi susu.. Pilih apa sahaja produk yang anda mahu, yang penting anda mesti mahir ttg produk tersebut, baru perniagaan anda menjadi-jadi. Kembangkan cawangan perniagaan anda di mana jua."

Sehari bersama Mentor-Mentor Hebat ini tidak pernah puas, bagai ingin bersama selamanya. Banyak perkongsian hebat, idea dan segala-galanya memang B.E.S.T. Berjumpa kita dalam episod diari seterusnya....

Salam Perantau;
-Ilham AT181-

Buat Renungan Selagi Hayat Dikandung Badan

Kasihmu Ibu Dibawa Ke Syurga, Kasihmu Ayah Kekal Sepanjang Nyawa....
Nafas tidak terhenti lagi, senyuman masih mampu diukir manis, mata masih memandang keindahan bumi ciptaan Allah yang Maha Esa. Alhamdulillah, seluruh anggota kita masih sempurna. Kesempurnaan itu, adakah kita rasakan ianya layak untuk kita nikmati seorang diri @ untuk suami / isteri dan anak2 tercinta? Ya, kita cukup sempurna memberi kebahagiaan kepada keluarga yang telah kita bina ini...
Tetapi....
Kita terlupa, rahim yang telah mempertaruhkan nyawanya memberi nafas baru kepada kita hingga kita berjaya menjadi Dewasa seperti ini, Alhamdulillah cukup segala sifat. Malah hingga usianya separuh abad kita masih betah menyusahkan kehidupannya tanpa rasa kesal.
Kata-kata yang biasa kita ungkapkan tetapi luarbiasa untuk kita hindari...
"Mak, kejap lagi call, masih busy". "Ayah, tolong tengokkan mak ya, tak dapat balik kampung ni, byk urusan kena buat". "Bulan ni tak dapat kirim duit banyaklah mak, ambil dulu RM100 ni buat belanja dapur". "Ayah, tanah ayah tu tak nak jual ker? boleh tolong2 kami adik beradik. banyak duit nak guna ni". "Bulan ni adalah bonus sikit company bagi, tapi nak guna buat renovate rumah. Mak, ayah boleh tolong hulur sikit tak? cukup bulan saya byrlah". "Ayahkan banyak duit, ayah jerlah tolong adik. bg duit buat belanja sekolah dia. Sy nak guna byk duit ni, nak buat majlis kahwin lg". "Mak, saya tak dapat nak bagi mak duit bulan ni. Mertua sy nak guna duit, terpaksa tlg dorang." dan bla.. bla.. bla...
Namun...
Mereka tidak pernah henti untuk menyayangi kita, malah sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga yang kita bina, untuk anak-anak kita yang bergelar "cucu" untuk mereka. Mereka terlalu memahami kita. Dari kecil hingga dewasa mereka sentiasa menganggap kita masih kecil untuk dimanja, diberi perhatian, dimaafi untuk setiap kata-kata yang kita ungkapkan. Mulianya hati kedua orang tua kita.
Entahlah...
Kita diberi akal fikiran... Renung-renungkan, apa yang telah kita buat "Selagi Hayat Dikandung Badan" anda sendiri bijak untuk mentafsirnya.

Thursday 14 April 2011

Apa Kata Mereka?

Satu-satunya Program Mentor terulung dan terbukti hebat, transformasi diri kita kepada APA YANG KITA MAHU. Program ini telah melahirkan ribuan insan yang berjaya mengenali dan membuat perubahan diri mencapai Impian dan inilah PELUANG bagi yang sering kali GAGAL dalam apa yang mereka inginkan sama ada dalam kerjaya, perniagaan dan apa jua bidang. Apapun latar belakang anda, mari bersama kami dengan 3 pendekatan unik Coaching . Training . Support :
Tarikh : 
18 Jun 2011 (Sabtu)
Pendaftaran Hari Pertama : 7.30am - 8.30am
Jadual "Workshop" : 8.30am - 5.30pm

19 Jun 2011 (Ahad)
Pendaftaran Hari Kedua : 9am - 10am
Jadual "Workshop" : 10am - 3pm

Lokasi : Merdeka Palace Hotel, Kuching, Sarawak

Yuran : RM20 harga promosi (Terhad untuk 100 peserta sahaja)

Pendaftaran : InfoLine +6019 3211 181 / +6019 3221 181


"MINDA TERBUKA . BAKAT TERBONGKAR . ALASAN TERLUKA"

Apa kata mereka (antara TESTIMONI PESERTA) :

Wahida Wahidi (Pengarah Urusan) : Mengalami sejarah sebagai bekas Pesakit Kanser Ovari bukanlah perkara mudah yang boleh dilupakan, kesannya masih ada sehingga sekarang. Kekuatan dalam diri perlu ada, keputusan tepat untuk menghadiri AT181mentorship Programme merupakan pengalaman yang sangat-sangat hebat. Transformasi dari dalam diri saya telah mengeluarkan aura positif dalam apa jua yang saya lakukan mahupun dalam aktiviti seharian, pulangan yang tinggi ''RM" dalam syarikat saya & mempunyai komuniti yang memahami dalam program ini. Anda tidak keseorangan, segalanya sangat-sangat HEBAT!
Kunaini Bohri (Guru) & Shahril (Jurutera) : Kami mengalami transformasi diri yang sangat positif dan satu kerugian yang amat besar jika anda tidak MEMBONGKARKAN bakat terpendam dalam diri anda. Mentor-mentor dan komuniti yang sangat hebat dalam program ini membantu kami menjadi seperti apa yang kami impikan. FIKIRKAN BOLEH!
Abdullah Sandi (Pembantu Perubatan) : Program ini telah berjaya mengubah cara pemikiran tentang WANG dan KEKAYAAN yang tidak pernah diimpikan sebelum ini. Hasilnya, aura positif yang lahir dari program ini telah mencapai impian saya untuk memiliki kereta idaman 1keluarga, Toyota Alphard. Alhamdulillah, terima kasih AT181mentorship!
"Kami mengalami keyakinan yang sangat tinggi, lebih bersemangat, tanpa tekanan disekeliling, semakin positif tentang kekayaan dan kejayaan dan PALING SERONOK kami bersama dalam 1komuniti AT181mentorship yang sentiasa bersama-sama walaupun ke luar negara. Kami kongsi keseronokkan, suka, duka bersama bagai sebuah keluarga besar.
Rugi kalau anda lepaskan peluang menyertai Program hebat ini. Jom! LAYAN..."


NANTIKAN YANG SETERUSNYA, APA KATA MEREKA?

Saturday 9 April 2011

"MINDA" Terbuka . "BAKAT" Terbongkar . "ALASAN" Terluka

Petikan Ungkapan Program C.T.S dari Mentor, AT181mentorship :-
"Kita sendiri sedia maklum, ayat-ayat di dalam Quran menyatakan bahawa sesuatu yang menimpa manusia adalah berpunca daripada diri sendiri, dengan izin Allah. Jika pilihan kita KEJAYAAN, ia bergantung kepada diri sendiri. Jika pilihan kita KEGAGALAN, ia bergantung kepada diri sendiri. Pendek kata, pilihan ini lahir dari fikiran dan tindakan kita yang diberikan nama MANUSIA. Justeru, jika nama kita MANUSIA, maka kitalah yang membuat penilaian untuk 'diri' sendiri. Manusia perlu berusaha mengubah 'diri' sendiri. Akhirnya, manusia akan mengakui yang ia berupaya memilih untuk berjaya. Semuanya bergantung kepada diri sendiri".
AT181mentorship satu-satunya program yang menguasai MINDA anda dan seterusnya anda BERTINDAK untuk menguasai BAKAT yang ada dalam 'diri' anda. JANGAN biarkan BAKAT anda terpendam tanpa diselongkar rahsia & keajaibannya. BAKAT anda yang mengghairahkan 'diri' anda untuk BERTINDAK. ALASAN anda pasti hilang ditenggelami oleh aura diri sendiri. Bagaimana?
Temui kami melalui Jelajah Borneo C.T.S selama 2hari untuk selongkar BAKAT anda, daftar segera paling lewat 30hb Mei 2011 sebelum PENUH  : 

AWAS!!! "MINDA" Terbuka "BAKAT" Terbongkar "ALASAN" Terluka

Tarikh / Masa : JUN - 18hb (Sabtu) jam 8.00pg - 5.30ptg; dan
                                      19hb (Ahad) jam 8pg - 1ptg
Yuran               : RM20 sahaja 
(makanan & minuman disediakan sepanjang seminar)
Lokasi              : Merdeka Palace Hotel, Kuching
Info Line          : +6019 3211 181

(Zon Kuala Lumpur)
AT181mentorship
Coaching . Training . Support

Thursday 7 April 2011

Meet to LEARN

"How to Growth Your Business" - Ketahui rahsia AT181 membina strategi dengan hanya "Bizz" dihujung jari. Mari kita celik IT bersama-sama :-
Tarikh   : 9 April 2011 (Sabtu)
Masa     : 2.30pm - 5.30pm
Tempat : AT181 Training Centre, Bt. 3, Kuching, Sarawak
Yuran    : Diri Anda 
Terbuka kepada semua warga AT181 dan pendaftaran baru turut dibuka kepada protege yang ingin menyertai AT181. Hadirlah sekiranya anda ingin perubahan dalam diri anda. Jauh @ dekat bukan PENGHALANG, yang penting mahu atau tidak untuk dipimpin ke Mercu Kejayaan.

Tuesday 5 April 2011

Kesudahan Masa Hadapan Anda Yang Tentukan......

Cuba kita renungkan apa yang ada untuk kita Masa Tua nanti? Adakah kita akan menjadi 'barangan antik' yang tinggi nilainya atau 'barangan lama' yang terbiar disaluti debu... Bayangkan jua apakah hadiah kita kepada "kedua orang tua" yang mendidik kita dari kecil hingga dewasa? Adakah cukup apa yang kita bagi setiap bulan @ mereka masih membanting tulang mencari sesuap nasi...
Renung2kan... untuk diriku dan perkongsian buat semua diluar sana.
AT181mentorship akan sama2 membantu anda huraikan persoalan ini.
Jangan segan, kongsi segalanya bersama kami....

Sunday 3 April 2011

SPOT CAR

WOW !!! SPOT CAR : APRIL 2011
SIAPA YANG KENA? 
PANDU KERETA ANDA DGN "STICKER AT181" 
MATA-MATA AT181 MEMERHATI KERETA ANDA SEPANJANG BULAN INI 
YANG BERTUAH..... 
HADIAH UTAMA "BARANGAN ELEKTRIK" MENANTI ANDA
Syarat Peraduan : 
(1) Anda WAJIB ahli dalam AT181 
(2) Dapatkan 'original sticker' ANDA SEGERA daripada 181mentorship untuk  LAYAK PERADUAN
(3) Hak Cipta "sticker" ini terpelihara. Tiada peniruan dibenarkan untuk memenangi peraduan ini

JOM!!! Gegar Jalan Raya dengan Kempen Iklan Bergerak AT181 sambil layak untuk MENANG PERADUAN. Setiap destinasi kita ada kemenangan yang menanti, ada kejutan yang menggembirakan hari-hari anda ;)


Saturday 2 April 2011

Meet For Family, 2 April

Mentor Hebat En. Kamaruddin memberi tip penting untuk mencapai IMPIAN diri, jangan takut pada "gimmick" serta info terkini yang membakar semangat kesemua Mentor yang hadir.

Mentor-Mentor yang hadir penuh ilmu di dada tetapi tetap sentiasa rajin untuk menambah kehebatan masing-masing agar sistem C.T.S sebati dalam diri bagi menjadi Pemimpin Berkualiti (belakang : dari kiri Cik Mena, Pn. Jessica, Cik Kamisah; depan : dari kiri En. Tameze, En. Maxwell, En. Kamaruddin, En. Abdullah dan Cik Wahida)
Mentor kelahiran Bumi Borneo ini tidak pernah jemu untuk mencurahkan ilmu, mengorbankan tenaga & masa untuk memastikan kesemua Mentor AT181 dapat bergerak sepantas kilat dalam mencapai 1visi 8misi 1generasi. Pelbagai "Kejutan Istimewa" bakal menggegarkan AT181.
Tahniah kepada semua Mentor Hebat AT181mentorship programme. Teruskan perjuangan kita, pegang kata semangat salah seorang Mentor kita Cik Wahida : "Kejayaan Adalah Perjalanan, Bukan Satu Destinasi".
"Jumpa Semua Protege Kita Di Mercu Kejayaan"

Friday 1 April 2011

JELAJAH BORNEO : MEET FOR FAMILY



Anjuran Akademi Taipan 181 bersama Mentor Hebat dari Kuala Lumpur :
Tarikh : 2 April 2011 (Sabtu)
Masa : 2.30petang
Lokasi : AT181 Training Centre, Bt 3, Kuching, Sarawak
Kemasukkan Percuma. Pelbagai acara menarik dan info terkini menanti anda...
Selera Bonda - 'ringan2' disediakan.