Saturday 31 December 2011

Lebaran 2012


SELAMAT TINGGAL 2011, SELAMAT DATANG 2012...

Bila aku bercadang membeli aset yang telah lama ku idamkan, Banglo indah terletak di kawasan Selangor, aku tidak menyangka kawasan tersebut akan berkembang begitu pesat seperti sekarang ini. Akhirnya.. keputusan aku membeli tersebut adalah tepat! Bila aku berimpian untuk memandu kereta mewah seperti angan-angan Mat Jenin, akhirnya ianya TERTUNAI, bukan mimpi walaupun dicubit berkali2, ianya KENYATAAN. 
Banyak cabaran & dugaan yang aku hadapi, meninggalkan kerjaya profesional dalam bidang ekonomi di sebuah jabatan kerajaan, menceburi bidang keusahawanan & pelaburan.... Banyak suka dan duka, adakalanya aku jatuh, bangun semula.
Keluarga orang yang sangat hampir membantu bila masalah datang satu persatu. Berbicara tentang sahabat? Timbul pelbagai ragam, ada yang datang ketika poket tebal berisi "RM", ada yang datang ketika "MUZIK" menggamatkan suasana, ada yang datang ketika "GOSSIP" semakin hangat membara, ada yang datang sekadar menjenguk untuk bertepuk tangan tersenyum sinis menunggu "KEJATUHAN" kita.
Jangan mudah melatah, tidak semua sahabat seperti itu... kerana setiap yang buruk ada baik yg akan datang. Itu HUKUM ALAM, ada sifat berlawan. Sahabat yang datang kepadaku, insan yang sentiasa memberi semangat, peluang, ruang untuk bernafas, keyakinan untuk aku bangun membina kejayaan. Aku sangat-sangat bersyukur, kerana rupanya KEGAGALAN demi KEGAGALAN itu adalah adat org berniaga. Hasil dari kegagalan, pastinya KEJAYAAN... 
Itulah aku BERSAMA HASILNYA.... Alhamdulillah...
Kudoakan Lebaran 2012 ini memberi rezeki dan kebahagiaan yang berkekalan buat ku dan keluargaku, jua kepada anda semua Pembaca Setia Blog ini.... Insya Allah....